Muhyiddin tak perlu dahului PM - Isham

Muhyiddin tak perlu dahului PM – Isham

ISHAM JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dingatkan supaya tidak mendahului Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menentukan kedudukan anggota Kabinetnya.

Bekas Perdana Menteri itu juga digesa supaya menyerahkan kepada Ismail Sabri mengenai kedudukan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamarudin selepas bertindak meninggalkan Bersatu semalam.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkata, kuasa untuk melantik menteri kabinet serta Timbalan Perdana Menteri adalah prerogatif Perdana Menteri untuk menimbang dan memutuskan.

“Saya menerima berita semalam ada ura-ura untuk melantik Timbalan Perdana Menteri dari Bersatu dan melantik seorang lagi ahli Parlimen atau senator (ahli Dewan Negara) Bersatu untuk jadi menteri menggantikan Datuk Zuraida Kamaruddin.

“Beliau perlu menerima budi bicara dan keputusan Perdana Menteri walaupun keputusan itu tidak memihak kepadanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Zuraida yang merupakan Ahli Parlimen Ampang dilapor mengumumkan keluar daripada Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Beliau sebelum ini menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai spekulasi tidak berasas, namun terdapat dakwaan PBM menerima sumbangan daripada Parlimen Ampang bagi program bantuan banjir pada Disember lalu seperti dilaporkan Utusan Malaysia. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya