Mekanik bunuh isteri didakwa esok

Mekanik bunuh isteri didakwa esok

MOHD. ZAID HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mekanik yang membelasah isterinya sehingga maut akan didakwa esok. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, siasatan menemukan bukti dan keterangan jelas mengaitkan suspek terlibat dalam kes tersebut.

“Kes telah dirujuk ke kamar Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan suspek akan dituduh Isnin ini di Mahkamah Majistret Kajang,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Jumaat lalu, media melaporkan seorang wanita disepak dan dipukul dengan senjata tumpul sehingga mati dalam kejadian di sebuah flat di Balai Batu 9, Cheras di sini, pada 1 Mei lalu. 

Mohd. Zaid dilaporkan berkata, kejadian berpunca dari suspek yang marah selepas mengetahui tindakan mangsa yang menghebahkan situasi rumah tangga mereka di media sosial.

Katanya, wanita itu dihantar ke Hospital Kajang dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh suaminya, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Pemeriksaan luaran ke atas mangsa mendapati kematian itu mencurigakan apabila ada kesan lebam di beberapa anggota badan mangsa.

“Polis Ibu Pejabat Daerah Kajang kemudiannya menerima laporan polis daripada pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Kajang, pada pukul 9.16 pagi, pada hari sama,” katanya. 

Susulan itu, pihak polis menahan suami kepada mangsa bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaaan kerana membunuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN