Maritim Malaysia tahan bot nelayan Vietnam

Maritim Malaysia tahan bot nelayan Vietnam

BOT nelayan Vietnam yang ditahan di kedudukan 67 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menahan sebuah bot nelayan Vietnam yang disyaki mencuri hasil laut negara, semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, bot bersama enam kru berusia antara 18 hingga 56 tahun  itu ditahan semasa rondaan bersepadu di kedudukan 67 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu di sini kira-kira pukul 3.20 petang. 

Katanya, turut dirampas hasil laut seberat hampir 100 kilogram di samping 500 liter bekalan diesel dan peralatan menangkap ikan yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM1 juta. 

“Nelayan Vietnam terbabit dipercayai sengaja mengambil kesempatan menceroboh perairan negara kerana beranggapan penguatkuasaan longgar ketika Hari Raya Aidilfitri. 

“Ini merupakan tangkapan ke-14 melibatkan pencerobohan nelayan asing melalui Op Khas Pagar Laut 1/2022 dengan penahanan seramai 104 kru warga Vietnam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Suffi berkata, pemeriksaan mendapati kesemua kru termasuk tekong tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan permit menangkap ikan yang sah.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melakukan aktiviti penangkapan ikan tanpa kebenaran di perairan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya