Lelaki tipu pengusaha kedai emas RM56,000

Lelaki tipu pengusaha kedai emas RM56,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menipu seorang pengusaha kedai emas dalam urusan jual beli emas 916 secara bersemuka di sebuah hotel di Jalan Stesen Sentral, ibu negara semalam.

Dalam tangkapan itu, suspek dikatakan menerima wang tunai RM560,000 seorang wanita berusia 41 tahun yang ingin membeli emas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata, selepas menerima wang itu, suspek memberitahu mangsa yang dia akan kembali dengan emas 2.3 kilogram (kg) seperti yang dipersetujui.

“Bagaimanapun, selepas beberapa jam menunggu, mangsa yakin dia ditipu suspek berusia 30 tahun itu yang tidak muncul-muncul dan segera membuat laporan polis.

“Polis kemudian merampas sebuah kereta, wang tunai berjumlah RM250,750, sebuah telefon bimbit dan beberapa helai pakaian, lima keping kad ATM pelbagai bank serta sekeping kad akses rumah,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Dellhan, suspek direman empat hari sehingga 24 Mei ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Orang ramai diingatkan agar berwaspada dalam urusan perniagaan dan membuat semakan latar belakang individu atau syarikat terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang urusan jual beli,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN