HELENA: Seorang lelaki yang pernah dihempap jentera forklift tiga tahun lalu, merayu kepada doktor dan ahli keluarganya untuk memastikan dia terus hidup walaupun hilang separuh badan akibat insiden itu.
Lapor Metro, Loren Schauers, 20, dari Great Falls di Montana, Amerika Syarikat (AS) bekerja menggunakan forklift di sebuah jambatan di tapak pembinaan pada September 2019 dan terlibat dalam kemalangan ngeri.
Ketika kejadian, Schauers diarahkan untuk mengalihkan jentera forklift sehingga berada hampir dengan sisi jambatan.
Keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan Schauers terjatuh pada ketinggian lebih 15 meter, sebelum dihempap jentera berat itu.
Doktor yang merawat Schauers terpaksa melakukan pembedahan dengan memotong bahagian bawah badan lelaki itu sepenuhnya untuk menyelamatkan nyawanya berikutan bahagian pelvis Schauers sudah patah.
Sebulan selepas pembedahan itu, pengamal kesihatan profesional tidak percaya Schauers berjaya diselamatkan dan pekerja binaan itu pulih secara beransur-ansur.
Schauers kini hidup tanpa kedua-dua kaki dan tangan kanannya selama dua tahun serta ditemani oleh isteri, Sabie Reiche, 23, yang menjaga keperluannya setiap hari.
Schauers dan Reiche turut mendokumentasikan kehidupan baharu mereka dalam YouTube.
Malah, pasangan itu kini mempunyai kira-kira setengah juta pengikut di platform tersebut. – AGENSI