Lelaki dirawat di HSAH terjun dari tingkat 8 - Utusan Malaysia

Lelaki dirawat di HSAH terjun dari tingkat 8

ZAIDY CHE HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki  yang dipercayai tertekan dengan masalah kesihatannya terjun dari tingkat 8, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten komisioner Zaidy Che Hassan berkata, polis menerima panggilan mengenai penemuan mayat seorang lelaki tertiarap di koridor tengah HSAH  pada pukul 6.20 petang semalam.

Menurut beliau, lelaki  berusia 21 tahun dari Taman Keladi di sini dimasukkan ke HSAH kerana disyaki demam denggi pada 23 Mei lalu.

“Mangsa dikatakan bertindak di luar kawalan petang semalam apabila menghentakkan kepalanya hingga cermin tingkap di Wad Bunga Raya 2 yang menjadi tempat rawatannya sejak dua hari lalu pecah.

“Mangsa kemudian berlari keluar dari wad itu menuju ke koridor sebelum memanjat tembok dan melompat walaupun ketika kejadian dia dihalang oleh ibunya yang menemaninya di wad berkenaan,” katanya.

Zaidy berkata, mengikut temu bual dengan ibu mangsa, lelaki yang tidak bekerja itu tidak mempunyai masalah  hutang atau berselisih faham dengan sesiapa.

“Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dikesan berlaku dan mangsa bertindak terjun dengan sendiri,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya