Ku Li masih main ‘tarik tali’

Ku Li masih main ‘tarik tali’

TENGKU Razaleigh Hamzah bersama penduduk kaum Cina yang menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri ADUN Galas di Bandar Utama, Gua Musang, Kelantan, semalam. - AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah belum pasti ingin mempertahan jawatan sebagai ahli Parlimen atau menarik diri untuk bertanding  pada Pilihan Raya Umum Ke-15. (PRU-15)

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, perkara itu belum difikirkan lagi dan dia menghormati permintaan akar umbi.

“Saya tak tahu, terpulang kepada ahli-ahli dan  parti. Saya sendiri pun dah teruk, kena pakai enjin tiga silinder,” katanya pada Majlis Hari Raya Aidilfitri ADUN Galas di Bandar Utama, di sini, semalam.

Tengku Razaleigh mengakui, ramai pemimpin muda berpotensi menjadi pemimpin pelapis pada masa depan.

Katanya, tidak kira calon muda atau veteran, semua berpeluang untuk menang jika dicalonkan bertanding pada PRU-15.

“Veteran atau muda bukan soalnya, tetapi  ia mengenai boleh menang atau tak boleh menang. Kalau orang itu taruh (letak) orang baharu, ada masalah integriti atau macam-macam syarat tidak memenuhi kehendak rakyat sehingga dia tak boleh menang, nak buat apa?

“Bertanding nak menang dan letak 100 orang, tetapi 100 tetap kalah. Seperti calon parti-parti yang bertanding di Pilihan Raya Negeri Johor bukan saja kalah dengan teruk tetapi hilang wang deposit,” katanya.

Sebagai rekod, Tengku Razaleigh adalah wakil rakyat paling lama berkhidmat di negara ini, selama 12 penggal di peringkat Parlimen dan negeri selepas beliau memenangi kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li, 85, mempertahan kerusi itu yang pertama kali dimenanginya tanpa bertanding pada tahun 1974. Kerusi itu sebelum ini dikenali sebagai Ulu Kelantan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya