Kompaun  RM11 juta dikutip daripada majikan sejak Januari 

Kompaun  RM11 juta dikutip daripada majikan sejak Januari 

AWANG Hashim (kanan) bertanyakan sesuatu kepada pengurus sebuah asrama penginapan dalam Oerasi Penguatkuasaan Khas di Kuah, Langkawi, Kedah, hari ini. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengutip lebih RM11 juta kompaun daripada majikan di seluruh negara atas pelbagai kesalahan sejak Januari lalu hingga hari ini.

Timbalan Menterinya,  Datuk Awang Hashim berkata, kompaun itu melibatkan sebanyak 987 kertas siasatan daripada 1,427 kertas siasatan yang dibuka.

Katanya, dalam tempoh yang sama, sebanyak 148 kertas siasatan diambil tindakan pendakwaan melibatkan denda sebanyak RM1.052 juta.

“Sementara itu di Kedah sahaja, sebanyak 88 kertas siasatan yang dibuka dan 11 daripadanya mendapat pendakwaan dengan nilai denda berjumlah RM49,000 manakala  sebanyak 77  kompaun dikeluarkan melibatkan kutipan sebanyak RM585,000,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai Operasi Penguatkuasaan Khas Bersepadu yang dilakukan di asrama penginapan hotel di sekitar Kuah, Langkawi, hari ini.

Pada operasi tersebut, Awang memberitahu, operasi dua majikan perhotelan di sini dikesan melakukan kesalahan di bawah Akta 446 dan Akta Kerja 1955 serta Akta Perundingan Gaji Negara 2011. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN