Kes HFMD di Negeri Sembilan meningkat 25 kali ganda berbanding tahun lepas - Utusan Malaysia

Kes HFMD di Negeri Sembilan meningkat 25 kali ganda berbanding tahun lepas

S. VEERAPAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 1,446 kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) dilaporkan di Negeri Sembilan tahun ini, setakat hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, jumlah berkenaan merupakan peningkatan sebanyak 25 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Daerah Seremban mencatatkan jumlah kes HFMD paling tinggi iaitu sebanyak 834 kes diikuti Port Dickson sebanyak 184 kes, Jempol dan Rembau masing-masing 140 kes.

“Ia diikuti daerah Kuala Pilah sebanyak 66 kes, Tampin (53 kes) dan Jelebu, 29 kes. Kumulatif wabak HFMD di Negeri Sembilan pada tahun ini adalah sebanyak 30 wabak. Hanya satu wabak HFMD yang masih aktif di daerah Jempol,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu jelas beliau, peningkatan kes yang ketara pada tahun ini berbanding tahun lepas di Negeri Sembilan adalah berikutan pembukaan semula sektor pendidikan dan tempat-tempat awam.

“Antara tindakan yang dilakukan adalah melakukan aktiviti promosi langkah pencegahan HFMD, melakukan pemantauan ke premis-premis tadika dan pusat jagaan kanak-kanak serta melakukan penutupan premis bagi yang mempunyai wabak HFMD,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN