PUTRAJAYA: Sebanyak 1,021 kes denggi dilaporkan pada Minggu Epid 17/2022 (24 April hingga 30 April), iaitu peningkatan 54 kes atau 5.6 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan pada Minggu Epid 16/2022 (17 April hingga 23 April) iaitu 967 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes denggi dilaporkan sehingga kini pula adalah 12,942 kes berbanding 9,270 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 3,672 kes atau 39.6 peratus.
“Jumlah kumulatif kematian denggi sehingga Minggu Epid 17/2022 adalah sebanyak tujuh kematian, peningkatan dua kematian atau 40 peratus berbanding lima kematian bagi tempoh yang sama tahun 2021,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN