Kes budak mati disyaki didera dirujuk Pejabat Peguam - Utusan Malaysia

Kes budak mati disyaki didera dirujuk Pejabat Peguam

MIOR FARIDALATRASH WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kertas siasatan kes kematian kanak-kanak perempuan disyaki didera ibu dan bapa saudaranya Ahad lalu, akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara esok untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pasangan suami isteri berusia 40 tahun itu kini direman enam hari lagi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Pasangan suami isteri yang juga penjaga kanak-kanak terbabit sebelum ini telah direman  tujuh hari berakhir hari ini.

“Siasatan kes berkenaan dilakukan  mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan esok, untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menerusi laporan media Ahad lalu, perbuatan suami isteri itu terbongkar berikutan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dengan kesan kecederaan disyaki didera.

Mangsa yang dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada hari sama dengan menaiki ambulans disahkan meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi.

Hasil bedah siasat yang dijalankan pakar patologi di Jabatan Forensik HRPB itu mendapati punca kematian mangsa akibat ‘multiple blunt injury’.

Berdasarkan siasatan polis, selain mangsa, adik lelakinya turut mengalami kecederaan di badan yang dipercayai akibat didera oleh pasangan sama. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya