Kangar nak gerak solo, terpulang, Padang Besar tetap kekal kerjasama MN - Zahidi - Utusan Malaysia

Kangar nak gerak solo, terpulang, Padang Besar tetap kekal kerjasama MN – Zahidi

ZAHIDI Zainul Abidin (tiga dari kiri) beramah mesra bersama veteran tentera pada majlis sambutan Aidilfitri Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia Perlis di Santuari Ikan Air Tawar, Timah Tasoh, Padang Besar, Perlis semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: UMNO Bahagian Padang Besar tidak bersetuju usaha bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di negeri ini, sebaliknya akan terus menjalin hubungan baik dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN).

Pendirian UMNO Bahagian Padang Besar itu sekali gus dilihat tidak selari dengan kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Azlan Man sebelum ini bahawa parti itu bakal bergerak bersendirian tanpa Pas dalam menghadapi PRU15 di Perlis.

Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, jika UMNO Bahagian Kangar yang diketuai Azlan mahu bergerak solo, itu terpulang kepada beliau.

Di Padang Besar katanya, mereka masih selesa mengadakan kerjasama dengan Pas.

“Bahagian (Kangar) yang banyak kalah (dalam PRU14) seboleh-bolehnya dengarlah pandangan bahagian yang menang (Padang Besar dan Arau). Jangan kawasan kalah yang bagi cadangan.

“Menteri Besar kawasan dia kalah (Kangar), mungkin dia ada cadangan nak menang di Kangar dengan cadangan hendak bergerak solo itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan UMNO atau Barisan Nasional (BN) negeri akan bergerak sendirian dalam menghadapi PRU15.

Azlan yang merupakan Menteri Besar dilaporkan berkata, pada masa ini, tidak ada sebarang kerjasama dengan Pas menerusi MN dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Malah Azlan turut menjangkakan di peringkat nasional sekalipun tidak akan ada kerjasama politik di antara kedua-dua parti itu.

Bagaimanapun Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli pula berharap MN terus dipertahankan dan tidak putus asa berusaha menyelamatkan penyatuan ummah itu.

Sementara itu Zahidi berkata, MN di sesetengah kawasan berjalan dengan baik dan sesetengah kawasan pula mungkin tidak.

Katanya, sebagai contoh, di Padang Besar hubungan tersebut berlangsung cukup baik.

“Ada tempat mungkin boleh bertolak ansur khususnya dalam soal pembahagian kerusi dan sesetengah kawasan mungkin tidak. Di Padang Besar kita tidak ada masalah. Di kawasan UMNO menang, Pas tidak ganggu begitu juga sebaliknya.

“Di Perlis juga, kita ada cadangkan melantik lima wakil rakyat tambahan yang dilantik kemudian. Sebagai contoh kita boleh beri kepada wakil Pas. Tidak ada masalah saya lihat daripada kerjasama MN ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya