Isu pengangkutan punca Taman Negara 'suram'

Isu pengangkutan punca Taman Negara ‘suram’

PELANCONG backpackers Republik Czech, Vaclav Aubrecth (kiri) ketika singgah di pusat inap Tahan Guest House, Kampung Kuala Tahan di Jerantut, Pahang. - MINGGUAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Masalah pengangkutan ke Taman Negara Kuala Tahan di sini, menjadi penghalang pelancong untuk melawat pusat peranginan itu sekali gus menyebabkan mereka mengalih tumpuan ke destinasi lain sejak awal tahun ini.

Ia adalah isu baharu yang menyebabkan ramai pelancong Barat secara backpackers merungut ketiadaan kemudahan pengangkutan terutama bas untuk mereka ke Taman Negara membabitkan jarak perjalanan kira-kira 70 kilometer dari bandar Jerantut.

Isu itu menyebabkan pelawat backpackers semakin terbeban apabila terpaksa membayar tambang teksi RM80 untuk satu perjalanan ke Taman Negara yang mendorong mereka berfikir ‘banyak kali’ untuk ke sana.

Bagi pengunjung luar yang menggunakan agensi pelancongan di Lembah Klang atau bandar Jerantut, mereka tidak berdepan masalah kerana urusan perkhidmatan pengangkutan diselenggara dengan baik dan selamat sampai ke jeti Taman Negara.

Bercakap kepada Mingguan Malasia, seorang backpackers dari England, Adam Scott mengakui kesukaran mendapatkan perkhidmatan bas dari bandar Jerantut terus ke Taman Negara.

“Mahu tidak mahu saya terpaksa membayar tambang teksi RM80 untuk sekali perjalanan pergi dan apabila pulang dari sini perlu membayar jumlah sama malah hal ini cukup membebankan pengunjung backpackers.

“Ketika datang ke sini 20 tahun lalu, seingat saya masih ada perkhidmatan bas pergi dan balik dari Jerantut dan sungguh terkejut hari ini kerana tidak ada lagi perkhidmatan sama sedangkan Taman Negara antara destinasi tersohor dikenali di seluruh dunia,” katanya di Kuala Tahan di sini semalam.

Mengakui permasalahan tersebut, pengusaha pusat inap Tahan Guest House, Norhasiyati Taharin berkata, sehingga awal tahun ini, cuma empat pengunjung backpackers singgah di situ.

“Rata-rata pengunjung yang singgah di sini mengadu perkara yang sama, iaitu tidak ada pengangkutan bas, manakala tambang teksi agak membebankan.

“Saya mendapat tahu daripada seorang backpackers, ada rakannya yang melawat Pulau Pinang, Melaka dan Pulau Perhentian bercadang untuk singgah di Taman Negara, tetapi apabila diberitahu hal kesukaran pengangkutan mereka mengalih ke destinasi lain,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya