PUTRAJAYA: Industri ternakan negara terutama penternakan lembu terus gagal sekali gus menyebabkan Malaysia terpaksa bergantung kepada import untuk menampung keperluan bahan makanan itu. Mengikut rekod, walaupun pelbagai dasar dan insentif dilaksanakan kerajaan, namun untuk tahun 2020, Malaysia hanya mengeluarkan 23 peratus daging lembu, manakala pengeluaran daging kambing hanya 11 peratus. Bagi memenuhi keperluan negara, mengikut data Kementerian Pertanian dan Industri Makanan kerajaan terpaksa mengimport daging yang semuanya berjumlah RM4.2 bilion…