Indonesia tidak masuk campur isu lantikan Tajuddin - Utusan Malaysia

Indonesia tidak masuk campur isu lantikan Tajuddin

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Indonesia tidak berhasrat untuk masuk campur urusan dalaman politik Malaysia berkaitan lantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Akhbar Tempo di Jakarta melaporkan, jurucakap Kementerian Luar, Teuku Faizasyah menegaskan bahawa pelantikan itu adalah hak prerogatif kerajaan Malaysia.

Tegasnya, Indonesia lebih selesa untuk menjauhkan diri daripada politik dalaman itu.

“Kami sedar tentang pelbagai ulasan dalam media tempatan yang dikaitkan dengan dinamik politik domestik Malaysia. Kita tidak sepatutnya terlibat.

“Pelantikan duta adalah hak prerogatif kerajaan yang menghantar utusan mereka. Mereka dipilih melalui proses dalaman di negara mereka sendiri,” katanya kepada portal berita itu.

Lantikan Tajuddin itu akan menggantikan Zainal Abidin Bakar yang telah berkhidmat sebagai duta sejak 2018 dan beliau dijangka memegang jawatan pada akhir bulan ini.

Menurut Tempo, pihaknya menghubungi kementerian tersebut bagi mendapatkan respons berhubung pelantikan selepas perkara itu menimbulkan kontroversi di Kuala Lumpur.

Teuku Faizasyah menjelaskan kerajaan Indonesia lazimnya akan diminta untuk mendapatkan kelulusan mereka yang dicalonkan oleh negara yang menghantar mereka.

“Di Indonesia, pelantikan duta ke negara lain mempunyai proses tambahan iaitu kelulusan parlimen,” katanya.

Terdahulu, Tajuddin terpalit dengan kontroversinya berhubung insiden pelanggaran langsung dua tren LRT tahun lepas malah terdapat bantahan terhadap pelantikannya di Malaysia daripada pihak tertentu.

Berdasarkan laporan itu, Tajuddin didakwa merupakan seorang ahli politik yang kerap menerima kecaman di media sosial oleh rakyat Malaysia kerana dianggap sebagai seorang yang tidak sensitif dan biadap. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya