PETALING JAYA: Hampir semua sektor penting di negara ini berdepan masalah kekurangan tenaga kerja yang dibimbangi menjejaskan prestasi ekonomi negara. Ketika ekonomi negara dalam peringkat pemulihan selepas pandemik Covid-19, isu kekurangan pekerja terutama pekerja asing dikhuatiri mengakibatkan keadaan itu lebih meruncing. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (Perkobf Malaysia), Tukiman Radion berkata, beliau mengunjurkan 80 peratus daripada sektor itu berdepan masalah apabila ramai pekerja sudah…










