Gelandangan pukul wanita dicekup - Utusan Malaysia

Gelandangan pukul wanita dicekup

SEORANG lelaki gelandangan ditahan polis selepas disyaki memukul seorang wanita pada Selasa lalu dekat Center Point Klang di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Lelaki gelandangan yang menyerang seorang wanita sehingga cedera di sebuah pusat beli belah di di sekitar daerah ini, Rabu lalu diberkas polis, hari ini.

Suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan di sekitar Bandar Baru Klang di sini, kira-kira pukul 5 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, penahanan itu dilakukan  hasil laporan mangsa berusia 30-an berkaitan kes cubaan samun oleh suspek.

“Bertindak atas maklumat, lelaki yang melarikan diri sejurus selepas kejadian itu ditahan petang tadi. Suspek dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dan direman esok bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, siasatan mendapati wanita  yang berjalan bersendirian itu ditendang sehingga terjatuh selain dipukul di muka dan kepala.

Khamis lalu, Utusan Malaysia melaporkan polis sedang mengesan seorang lelaki yang menghilangkan diri selepas menyerang dan cuba menyamun mangsa.

Kejadian itu berlaku pukul 10 pagi dan suspek dikatakan merupakan seorang gelandangan, berbadan kurus, berkulit sawo matang dan berambut panjang paras bahu.

Jelas Vijaya Rao, semakan pihaknya mendapati suspek memiliki 16 rekod jenayah termasuk dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing lelaki itu turut didapati positif dadah. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang awam supaya sentiasa berwaspada dengan kawasan sekeliling bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang.

Kejadian tersebut sebelum ini tular di laman sosial seorang wanita dalam keadaan berdarah di muka dan kepala apabila diserang seorang suspek yang dikatakan gila. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya