Gelandangan cederakan wanita dipenjara enam bulan

Gelandangan cederakan wanita dipenjara enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang lelaki gelandangan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan mencederakan seorang wanita sehingga parah, 18 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, hukuman ke atas tertuduh berusia lingkungan 40-an itu diputuskan oleh Majistret P. Sarulatha hari ini.

“Lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera parah kepada mangsa. Dalam prosiding bermula pukul 9.30 pagi itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan ke atas tertuduh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan polis sedang mengesan seorang lelaki yang menghilangkan diri selepas menyerang dan cuba menyamun seorang wanita di sebuah pusat beli belah di daerah ini.

Kejadian itu berlaku pukul 10 pagi dan suspek dikatakan seorang gelandangan, berbadan kurus, berkulit sawo matang dan berambut panjang paras bahu.

Kata Vijaya Rao, lelaki itu  ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dan Balai Polis Bandar Baru Klang, Ahad lalu.

“Suspek berkenaan diberkas di sekitar Bandar Baru Klang, kira-kira pukul 5 petang. Lelaki yang memiliki 16 rekod jenayah dan positif dadah itu kemudian direman bagi membantu siasatan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya