Gadis cari bapa kandung untuk wali nikah

Gadis cari bapa kandung untuk wali nikah

NOOR AFIFAH Mohd. Rahim menunjukkan borang untuk majlis pernikahannya ketika ditemui di Kampung Kuala Gula, Bagan Serai, Perak, hari ini. - FOTO/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Seorang gadis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahannya.

Noor Afifah Mohd. Rahim, 21, dari Kampung Kuala Gula di sini mencari bapa kandungnya, Rahim Deraman, berusia 50-an yang menghilangkan diri sejak Disember 2020 setelah bercerai dengan ibunya.

Menurutnya, sejak itu dia tidak mendapat berita mengenai bapanya itu.

“Saya mencarinya untuk urusan pernikahan saya yang akan berlangsung pada 5 Jun ini,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dia telah berusaha mencari bapanya termasuk pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) namun bapanya gagal dikesan.

“Seorang rakan bapa yang tinggal di Kampung Kuala Gula beritahu bapa saya ke Terengganu selepas bercerai tetapi tiada siapa yang tahu lokasinya.

“Saya berharap dapat menemukannya untuk menjadi wali pernikahan saya tidak lama lagi,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bapanya boleh menghubunginya menerusi nombor telefon 01133554506. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya