Covid-19: Hanya Selangor, KL, Melaka catat kes tiga angka - Utusan Malaysia

Covid-19: Hanya Selangor, KL, Melaka catat kes tiga angka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan semalam mencatatkan 1,503 kes berbanding kelmarin, 2,107 kes sekali gus terus diatasi 5,839 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 643 kes diikuti Kuala Lumpur (199), Melaka (120), Pulau Pinang (97), Perak (96), Johor (86) dan Kedah (62).

Diikuti Negeri Sembilan (54), Sarawak (51), Pahang (39), Terengganu (20), Sabah (14), Putrajaya (11), Kelantan (9) manakala Perlis dan Labuan masing-masing satu kes.

Pesakit Covid-19 yang masih dirawat diwad seramai 352 orang manakala yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU)  kekal merekodkan 69 kes bersamaan jumlah kelmarin.

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut merekodkan 45 kes bersamaan jumlah kelmarin.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan dan Malaysia kekal dengan  84 kluster yang masih aktif.

Dalam tempoh sama Malaysia merekodkan tiga kes kematian  menjadikan jumlah kematian keseluruhan terkini meningkat kepada35,550 kes.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya