Cabaran TMJ: Sanusi tak mahu komen, takut dilabel ‘derhaka’

Cabaran TMJ: Sanusi tak mahu komen, takut dilabel ‘derhaka’

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor enggan menyahut cabaran pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya beliau mendedahkan nama individu yang digelarkan sebagai ‘tokong’ dalam bola sepak negara.

Menteri Besar Kedah itu berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang komen mengenai cabaran Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu kerana khuatir akan dilabel sebagai ‘derhaka’

“Soalan itu (cabaran TMJ dedahkan nama individu yang digelar ‘tokong’) tak payah tanya, provokasi. No komen.

“Nanti depa kata saya lawan raja pula, baru ini tak ada hujah depa tulis kata lawan raja, derhaka. Ini bola sepak derhaka apa, jadi cukup la,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada majlis rumah terbuka Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah (KISMEC) di Kulim Hi Tech di sini hari ini.

Menerusi satu ciapan pada akaun Twitter milik TMJ,  baginda meminta Menteri Besar Kedah itu menyatakan semua dakwaan yang dimaksudkan dengan menyertakan bukti dan fakta.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa ada individu yang mengawal bola sepak Malaysia, namun tidak mendedahkan nama individu berkenaan.

Malah, beliau berkata, ‘tokong’ dalam arena bola sepak negara tidak boleh wujud sekiranya semua pasukan mahu berentap secara adil.

Malah, ada yang mendakwa isu berkenaan turut menjadi punca JDT memanggil semula penyerangnya, Syafiq Ahmad yang dipinjamkan kepada pasukan Kedah Darul Aman FC untuk kembali ke pangkuan skuad Harimau Selatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya