Bot terbalik selepas 30 tahun jadi nelayan

Bot terbalik selepas 30 tahun jadi nelayan

IBRAHIM Idris bersama bot miliknya yang kini tersadai di Jeti Nelayan Kampung Hailam, Tanjung Kling, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua nelayan menempuh detik cemas nyaris lemas selepas bot yang dinaiki mereka terbalik dipukul ombak berhampiran Jeti Nelayan Kampung Hailam dekat sini, Isnin lalu.

Menceritakan detik cemas itu, tekong bot, Ibrahim Idris, 54, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 petang ketika dia bersama anak saudaranya, Mohd. Aidil Mutalib, 19, dalam perjalanan pulang selepas menangkap ikan di perairan tidak jauh dari Tanjung Kling.

Katanya, semasa menghampiri jeti, secara tiba-tiba mereka dihentam ombak kuat hingga menyebabkan bot dinaiki terbalik.

“Saya dan anak saudara terperangkap dalam atap bot dan menghadapi kesukaran untuk keluar menyelamatkan diri.

“Mujurlah kami berdua tidak panik dan akhirnya meloloskan diri keluar dari kepungan atap bot.

“Ini adalah kejadian pertama sepanjang menjadi nelayan hampir 30 tahun, mujurlah kami dapat menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Ibrahim berkata, beberapa nelayan yang kebetulan baru pulang menangkap ikan ternampak kejadian tersebut, lantas membantu menyelamatkan mereka.

Menurutnya, bot sepanjang 26 kaki miliknya juga diselamatkan selepas ditolak ombak kuat sehingga tiba berhampiran jeti.

“Beberapa rakan nelayan menolong menarik bot tersebut hingga memasuki kawasan jeti tempat berlabuh di situ.

“Saya mengalami kerugian hampir RM3,000 apabila kehilangan dua buah telefon bimbit, hasil tangkapan dan kerosakan dua enjin 40 kuasa kuda,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN