Berdosa tidak adil dalam poligami - Utusan Malaysia

Berdosa tidak adil dalam poligami

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, apa hukumnya suami yang tidak adil dalam poligami? Adakah golongan ini akan dimuliakan di akhirat kelak walaupun di dunia dia seorang yang warak. Solat tak tinggal?

Norhusna Tarmizi
Kuala Lumpur.

Jawapan
Hukum tidak adil di dalam poligami adalah haram. Untuk suami melepaskan diri daripada dosa-dosa tidak adil itu, isteri berkenaan mesti memaafkan si suami agar terlepas hukuman di akhirat atau lebih baik suami memohon maaf kepada isteri. Perlu diingatkan, warak bukanlah tiket untuk berlaku zalim atau menganiaya isteri dengan alasan apa sekali pun.

Terlepas seksa kubur?

Soalan
Ustaz, benarkah pada bulan Ramadan ahli kubur akan terlepas daripada seksa kubur dan bermula Syawal ahli kubur akan disiksa semula? Mohon penjelasan.

Rahman Razali
Gombak.

Jawapan
Secara ilmunya saya tidak dapat apa- apa dalil yang qat’ie terhadap pengecualian azab kubur pada bulan Ramadan. Namun seorang Muslim sentiasa berharap berkah Ramadan turun kepada mereka tanpa menyatakan kepastian terlepas daripada azab kubur.

Jangan menunjuk, bimbang jadi riak

Soalan
Apakah hukumnya memberitahu di media sosial bahawa dia sedang berpuasa enam seperti ingin menunjuk-nunjuk? Setujukah ustaz bahawa amalan kita lebih kita simpan sendiri. Tidak perlu uar-uarkan?

Muhsin Tazli
Raub

Jawapan
Seeloknya di dalam ibadat sunat kita tidak payahlah memberitahu kepada orang lain kerana bimbang terjebak di dalam riak. Sekiranya ada niat untuk berdakwah mudahan-mudahan diterima niat dia di sisi Allah Taala.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya