Beli Happy Beg, dapat motosikal Honda RS-X

Beli Happy Beg, dapat motosikal Honda RS-X

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kempen beli Happy Beg Kejuaraan Motosikal Asia (AARC) di Litar Antarabangsa Sepang Ahad ini menawarkan hadiah yang cukup menarik dan lumayan dengan hadiah utamanya merupakan sebuah motosikal Honda RS-X.

Penonton bertuah yang menyaksikan saingan Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (AARC) 2022 di Litar Antarabangsa Sepang Ahad ini, bakal membawa pulang sebuah motosikal Honda RS-X.

YVONNE NG

Pengurus Pemasaran dan Promosi Two Wheels Motor Racing (TWMR), Yvonne Ng berkata, para penonton perlu membeli Happy Beg ARRC yang dijual di khemah promosi berdekatan dengan kawasan grandstand Litar Sepang sekiranya mahu menyertai cabutan bertuah ini. 

Katanya, cabutan bertuah Happy Beg ARRC ini merupakan sebahagian daripada aktiviti sampingan kejuaraan Motosikal Asia yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 27 hingga 29 Mei ini.

“Happy Beg tersebut yang mengandungi baju-T ARRC serta beberapa barangan lain dijual pada harga RM60 dan setiap pembelian untuk satu beg, mereka akan mendapat satu kupon bagi menyertai cabutan bertuah. 

“Jika membeli dua Happy Beg tersebut para penonton akan menerima tiga kupon cabutan bertuah dan peluang untuk menang hadiah adalah cerah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Selain motosikal Honda RS-X sebagai hadiah utama, banyak lagi hadiah menarik yang lain untuk dimenangi oleh penonton-penonton bertuah, antaranya helmet, jaket, alat ganti motosikal, baju-T dan bermacam lagi. 

Menurut Yvonne, selain motosikal Honda RS-X sebagai hadiah utama, penonton bertuah juga bakal memenangi helmet KYT sebagai hadiah pertama.

“Hadiah kedua pula berupa barangan alat ganti motosikal jenama RCB manakala untuk hadiah ketiga pula adalah produk-produk UMA Racing. Hadiah keempat adalah set riding jacket manakala hadiah kelima berupa barangan tajaan Corsa.

“Para pemenang cabutan bertuah ini akan diumumkan pada pukul 4 petang, Ahad ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya