Bekalan minyak masak peket di Seremban cukup - Utusan Malaysia

Bekalan minyak masak peket di Seremban cukup

Pegawai penguatkuasa KPDNHEP Negeri Sembilan memeriksa bekalan minyak masak di sebuah kedai di bandar Seremban semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiada masalah kekurangan bekalan minyak masak termasuk dalam peket satu kilogram dilaporkan di bandar ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, sehingga kini, tiada aduan  daripada pengguna.

Menurut beliau, setiap hari pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri melakukan pemantauan dalam usaha memastikan bekalan minyak masak mencukupi.

“Saya telah minta KPDNHEP memantau bekalan minyak masak dan mengambil tindakan segera jika ada peniaga yang melanggar peraturan. Kami juga mahu pastikan tiada peniaga memperdaya pengguna dengan tipu muslihat untuk tujuan tidak wajar,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sebelum itu, tinjauan di rangkaian pasar mini terkenal di bandar ini mendapati bekalan minyak masak termasuk peket satu kilogram habis.

Namun rangkaian pasar raya besar dan kedai runcit masih mempunyai bekalan minyak masak.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Abd. Muis Samsudin berkata, ketiadaan bekalan minyak masak di rangkaian pasar mini berkenaan berpunca daripada pusat edaran yang tidak dapat menghantar bekalan seperti lazimnya.

Katanya, gangguan sistem dalaman pusat itu menyebabkan penghantaran bekalan tidak dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa ditetapkan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya