‘Baik ambil amah Bangladesh, Nepal’

‘Baik ambil amah Bangladesh, Nepal’

BANGLADESH dan Nepal berminat untuk membawa masuk pembantu rumah mereka ke Malaysia de­ngan segera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia yang me­ngenakan syarat ketat sehingga mengehadkan satu tugasan kepada seorang pembantu rumah mendorong serta memaksa majikan mencari amah dari negara-negara lain.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Swasta Malaysia (PIKAP), Fiona Low berkata, majikan dipercayai tidak akan mengambil amah dari Indonesia semata-mata, sebaliknya mahu pembantu rumah yang mampu menjalankan beberapa tugasan setimpal dengan bayaran gaji diberikan.

Justeru, katanya, kerajaan perlu segera mengadakan run­dingan dengan negara-negara lain kerana mereka juga mampu menawarkan perkhidmatan pembantu rumah tanpa syarat ketat.

“Lebih banyak persaingan da­­lam pengambilan pekerja a­sing dengan negara lain adalah le­bih bagus. Harga dan bayaran ga­ji menjadi lebih terkawal.

“Jadi, kami berharap kerajaan segera berunding bersama negara lain seperti Bangladesh dan Nepal kerana mereka juga dapat membekalkan pembantu rumah asing ke Malaysia seperti yang mereka bekalkan kepada negara lain sekarang,” katanya.

Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan, MoU bagi pengambilan dan perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) antara Malaysia dan Indonesia, dengan gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei lalu me­nyaksikan seorang pembantu rumah hanya dibenarkan mela­kukan satu kerja ketika diambil bekerja.

Ini bermakna, seorang pembantu rumah dari negara ber­kenaan tidak bertugas secara multitasking (berbilang tugas) bagi satu isi rumah seperti sebelum ini.

Fiona Low berkata, rundi­ngan dengan negara-negara lain bagaimanapun mestilah bersifat adil untuk kedua-dua belah pihak.

“Bangladesh dan Nepal sen­diri mahu membawa masuk pembantu rumah mereka de­ngan segera, tetapi jika ada rundingan nanti, ia perlu mendapat persetujuan perunda­ngan antara kedua-dua negara,” katanya.

Setakat ini, kira-kira 30,000 majikan tempatan berdepan kesukaran mendapatkan per­khidmatan pembantu rumah warga asing sejak tahun lalu, dengan sekitar 600 agensi pembantu rumah bawah lesen ka­tegori B dan C ingin mengambil pembantu rumah asing untuk bekerja di Malaysia yang mana sekurang-kurangnya terdapat 50 permintaan dalam senarai menunggu bagi setiap satu agensi.

Ini setelah hanya 92,481 pembantu rumah asing berada di negara ini tahun lalu, de­ngan 64,181 daripadanya adalah pengambilan PDI, berban­ding 129,168 pembantu rumah yang dicatatkan pada 2019 dan 127,169 orang pada 2018.

Sehingga Februari 2022, Indonesia merupakan negara sum­ber pekerja warga asing utama bagi Malaysia iaitu sebanyak 352,469 orang, dengan 58,438 daripadanya adalah PDI. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN