Acaman gajah liar, penduduk dakwa umpama hidup dalam 'zoo'

Acaman gajah liar, penduduk dakwa umpama hidup dalam ‘zoo’

TANGKAP layar video memaparkan seekor gajah menceroboh masuk ke kawasan Kampung Tok Uban, Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Lebih 100 buah keluarga daripada tiga buah kampung di sekitar Lata Rek, di sini mendakwa kawasan rumah mereka tidak ubah seperti ‘zoo’ apabila terpaksa hidup bersama sekumpulan 14 ekor gajah liar yang menceroboh masuk penempatan penduduk sejak Khamis lalu.

Penduduk dari tiga buah kampung iaitu Kampung Tok Uban, Kubang Kerian dan Catan itu berkata, kehadiran gajah liar itu bukan perkara baharu malah sudah menjadi ‘duri dalam daging’ buat mereka.

Penerokaan hutan yang difahamkan sedang berlaku ketika ini menyebabkan hidupan liar itu sering menceroboh masuk ke kawasan penempatan penduduk akibat kekurangan sumber makanan.

Wakil penduduk, Mohd. Rizuman Hanafi, 37, berkata, sejak itu mereka terpaksa berkawal pada sebelah malam bagi menghalau hidupan liar tersebut daripada menghampiri kawasan penempatan.

Katanya, situasi tersebut turut menyebabkan lebih 20 penoreh getah terpaksa ‘bercuti’ sekali gus menjejaskan punca pendapatan penduduk.

“Getah adalah punca utama kami di sini untuk menyara keluarga. Jadi apabila tidak dapat keluar menoreh maka susutlah pendapatan kami di sini.

“Sejujurnya, penduduk di sini sudah buntu memikirkan masalah ancaman gajah liar. Ia bukan perkara baharu malah boleh menjadi lebih teruk jika tidak ditangani dengan sebaik mungkin,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, semalam.

Mohd. Ruziman berkata, ancaman hidupan itu menghantui penduduk sejak dua tahun lalu.

Katanya, pada tahun itu seekor gajah jantan yang dinamakan sebagai Awang Tok Uban ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Saya tidak menolak kemungkinan kumpulan gajah ini mempunyai kaitan dengan Awang Tok Uban.

“Selain itu, terdapat dua kumpulan gajah berlainan terdiri daripada 14 ekor dan 16 ekor menceroboh masuk ke kawasan kediaman penduduk,” ujarnya.

Katanya, penduduk telah membuat laporan berhubung perkara tersebut ke pengetahuan Perhilitan Kelantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya