Ab. Rauf nafi rombakan Badan Perhubungan UMNO Melaka - Utusan Malaysia

Ab. Rauf nafi rombakan Badan Perhubungan UMNO Melaka

AB. RAUF Yusoh bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di Villa D'Acqua, Kampung Pulau, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh menafikan khabar angin mengenai rombakan mengejut barisan kepemimpinan negeri yang didakwa akan diumumkan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Bidara, malam tadi.

Beliau berkata, ia selaras dengan kenyataan dibuat Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini bahawa kepemimpinan parti di Melaka tidak mempunyai sebarang masalah.

“Itu tak betul. Jangan percaya ada ura-ura, dan setakat ini memang tak ada. Datuk Seri Ahmad Zahid dah kata tak ada apa-apa.

“Presiden sudah bagi tahu tidak ada apa-apa dan itu jangan dipanjang-panjangkan, sebab itu bukan saya yang sebenarnya untuk memperhalusi,” katanya pada sidang akhbar di Villa D’Acqua, Kampung Pulau di sini malam tadi.

Ab. Rauf berkata demikian ketika ditanya mengenai pengumuman besar mengaitkan pertukaran kepemimpinan Badan Perhubungan UMNO negeri yang hangat diperkatakan, minggu ini.

Majlis turut dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam; bekas Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob; Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dikatakan akan hadir, bagaimanapun tidak muncul pada majlis berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya