472 kawasan di Lembah Klang terjejas bekalan air - Utusan Malaysia

472 kawasan di Lembah Klang terjejas bekalan air

PETUGAS Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) meletakkan penghadang untuk memerangkap pencemaran yang berlaku di Sungai Semenyih berhampiran LRA sungai berkenaan di Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor, awal tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 472 kawasan di lima wilayah di Lembah Klang dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula petang ini selepas pencemaran air dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Pencemaran tersebut mengakibatkan henti tugas di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi pukul 6.15 pagi dan pukul 11.30 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan daerah Sepang akan melibatkan sebanyak 196 kawasan terjejas.

“Daerah lain yang turut terjejas  Petaling iaitu sebanyak 172 kawasan diikuti Hulu Langat (54).

“Manakala, daerah Putrajaya dan Kuala Langat pula masing-masing melibatkan 23 serta 7 kawasan terjejas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan rondaan pukul jam 2.30 pagi tadi menemukan bau seakan diesel di kawasan Sungai Beranang dan pensampelan  menunjukkan bacaan dua ton.

Insiden itu berlaku berikutan paras sungai yang tinggi serta aliran deras ekoran hujan lebat. Ia  menyebabkan pembendungan pencemaran sebelum ini memasuki sungai.

LUAS, Air Selangor dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sedang berusaha melaksanakan langkah mitigasi pencemaran.

Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal.

Para pengguna di kawasan terjejas dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya sehingga bekalan  air dapat disalurkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya