4,123 pesawah terima manfaat Smart SBB sehingga Mac 

4,123 pesawah terima manfaat Smart SBB sehingga Mac 

RONALD KIANDEE ketika merasmikan program Smart SBB yang diadakan bersama sesi menandatangani  MoU antara Kerajaan Pusat serta syarikat peneraju di Permatang Nibong, Pulau Pinang. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH: Seramai 4,123 peserta menerima manfaat daripada program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) antara Februari tahun lepas hingga Mac tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, ia  iaitu Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis;, Perak, Selangor, Terengganu, Sabah dan Sarawak di bawah 19 buah syarikat peneraju.

Beliau berkata, ketika ini Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu yang menyertai program tersebut dengan penyertaan lima buah syarikat peneraju tempatan.

Menurut Ronald, Smart SBB adalah inisiatif kerajaan melalui MAFI untuk membangunkan kawasan-kawasan penanaman padi dengan mengoptimumkan penggunaan tanah serta meningkatkan kecekapan aktiviti penanaman dan pengeluaran hasil padi. 

“Program ini terbukti berhasil meningkatkan pendapatan dan purata hasil padi sehektar selain mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah. 

“Sebagai contoh, ketika dilaksanakan di Sekinchan, Selangor melibatkan kawasan seluas 100 hektar, ia meningkatkan purata hasil padi daripada 2.5 tan metrik sehektar kepada lapan hingga 10 tan metrik sehektar bagi musim 2/2021 dan musim 1/2022,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program tersebut yang diadakan bersama sesi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Pusat serta syarikat peneraju di Pulau Pinang di Permatang Nibong, di sini hari ini.

Lima syarikat peneraju itu ialah Koperasi Kerjaya Permatang Nibong Pulau Pinang Berhad, Koperasi Jalan Sempadan Nibong Tebal Berhad, Koperasi Kelompok Padi Jalan Baru Nibong Tebal Berhad, Kilang Beras Siong Heng Sdn. Bhd. dan OBL Maju Sdn. Bhd..

Mengulas lanjut, Ronald berkata, pihaknya berhasrat melihat program Smart SBB dilaksanakan di 150,000 hektar tanah atau separuh daripada keluasan tanah sawah yang ada di negara ini secara berperingkat-peringkat.

Difahamkan, bagi Pulau Pinang program Smart SBB melibatkan kawasan seluas 942 hektar dengan 420 orang pesawah dan  dilaksanakan di bawah seliaan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pulau Pinang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya