22 ‘geng roda tiga’ Rohingya ditahan polis

22 ‘geng roda tiga’ Rohingya ditahan polis

POLIS menahan 22 warga Rohingya yang menunggang motosikal roda tiga tanpa lesen, perlindungan insurans dan mengubah suai kenderaan itu dalam operasi di sekitar Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menahan 22 warga asing etnik Rohingya kerana menunggang motosikal yang diubah suai dan dinaiki secara berbahaya dalam Operasi Khas Motosikal Roda Tiga di sekitar bandar raya ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, sebanyak 54 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal terbabit bagi pelbagai kesalahan.

“Sepanjang operasi tersebut, polis menahan sebanyak 22 buah motosikal roda tiga yang diubah suai dan ditunggang oleh warga asing Rohingya. 

“Ketika pemantauan dibuat, penunggang motosikal ini membawa barang-barang lusuh untuk dijual di kedai kitar semula dan menunggang secara bahaya serta mengganggu pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Rupiah berkata, dalam operasi tersebut, 22 saman dikeluarkan mengikut Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tiada lesen memandu dan 10 saman dikeluarkan mengikut Seksyen 90 akta sama kerana tiada perlindungan insurans kenderaan.

Tambahnya, 22 saman lagi dikeluarkan mengikut Peraturan 34 LN 170/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 kerana ubahsuai struktur kenderaan. 

“Kesemua 22 buah motosikal roda tiga yang ditahan itu disita di bawah Seksyen 64 akta berkenaan.

“Justeru, polis menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya demi memastikan keselamatan semua pengguna dan mengelakkan sebarang risiko kemalangan yang boleh meragut nyawa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya