20 buah rumah di sekitar Kuala Kubu Bharu dinaiki air  - Utusan Malaysia

20 buah rumah di sekitar Kuala Kubu Bharu dinaiki air 

BOMBA Selangor menyelamatkan tiga sekeluarga yang terperangkap di rumah akibat banjir di Kuala Kubu Bharu, Selangor petang tadi. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 20 buah rumah terjejas akibat banjir di sekitar Kuala Kubu Bharu, Rawang di sini susulan hujan lebat sejak petang tadi.

Kawasan yang terlibat adalah Kampung Jawa, Kampung Pasir dan Estet Kerling.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya mendapati kawasan tersebut dinaiki air sehingga enam kaki.

Katanya, sebanyak 17 pegawai dengan kekuatan dua bot dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dan Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebanyak 20 buah rumah melibatkan 60 penduduk terjejas. Pihak bomba sedang menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa.

“Setakat ini, bot penyelamat berjaya mengeluarkan tiga sekeluarga yang terperangkap di rumah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, trend air masih sama disebabkan hujan di kawasan terjejas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN