Tiga beradik terima anugerah belia antarabangsa

Tiga beradik terima anugerah belia antarabangsa

BERDIRI dari kanan; Nurushaheedah Zulkarnain, Siti Khadeejah Zulkarnain, Nur Ainan Najihah Mohd. Sobari (Mentor) dan Fatimah Azzahra Zulkarnain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga adik-beradik berjaya mengharumkan nama negara apabila mereka menerima anugerah Duke Of Edinburgh.

Mereka adalah Nurushaheedah Zulkarnain, 21, adiknya, Fatimah Azzahra Zulkarnain, 17, manakala seorang lagi, Siti Khadeejah Zulkarnain yang berumur 13 tahun pula memenangi pingat emas.

Untuk Anugerah Antarabangsa Duke of Edinburgh tahap gangsa ini, ianya terbuka kepada individu berumur 14 hingga 24 tahun manakala anugerah Junior Award Scheme for Schools tahap emas terbuka kepada individu berumur 5 hingga 13 tahun.

Mereka merupakan peserta dalam program pencapaian belia yang ditugaskan untuk mencabar diri mereka dalam bidang khidmat masyarakat, pembangunan kemahiran, rekreasi fizikal, serta melakukan penjelajahan lasak selama dua hari satu malam.

Program bimbingan kendiri memerlukan penerima tahap gangsa untuk purata satu jam seminggu selama 13 minggu dalam bidang perkhidmatan sukarela, kemahiran dan rekreasi fizikal manakala penjelajahan lasak dilanjutkan selama dua hari satu malam, dengan enam jam aktiviti minimum setiap hari.

Dalam pada itu, Nurushaheedah yang merupakan pelajar Ijazah Pengajian Islam Kontemporari di Kolej Islam Antarabangsa berkata, dirinya mengalami pelbagai perubahan positif dan bersyukur selepas sertai program itu.

“Saya berasa sangat gembira kerana secara tidak langsung, banyak perubahan yang berlaku pada diri saya.

“Antara perkara yang saya tidak sangka berlaku adalah, saya belajar untuk menyampaikan sesuatu secara spontan ketika mengendalikan satu kumpulan kecil kanak-kanak,” katanya.

Fatimah pula berkata, program tersebut membantu dirinya untuk berusaha meningkatkan kemahiran untuk bersosial dengan masyarakat luar melalui program komuniti servis yang pelbagai.

“Cabaran terbesar saya adalah untuk berkomunikasi dengan orang baru. Dengan program komuniti servis yang pelbagai, membantu saya untuk lebih berani dan konfiden untuk bersosial dan berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling,” jelasnya.

Selain itu, Khadeeja yang merupakan adik bongsu dari tiga beradik itu dirinya dapat meningkatkan kemahiran kepemimpinan melalui anugerah Junior Award Scheme for Schools.

“Bagi saya yang berumur 13 tahun sukar bagi saya untuk menonjol ke hadapan mengutarakan sesuatu pendapat. Tetapi, selepas melakukan aktiviti komuniti servis telah membantu saya untuk bercakap dengan berani tanpa meminta bantuan orang lain,” katanya.

Anugerah itu telah disampaikan penerima Anugerah Belia Negara 2019 dan Pengasas Pusat Bertauliah Anugerah Rakan Remaja Perdana Rakan Muda, Ravichandran Balasubramaniam dalam satu majlis baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN