Tidak salah kenakan caj potong ayam - KPDNHEP

Tidak salah kenakan caj potong ayam – KPDNHEP

RATA-RATA peniaga di Pasar Besar Melaka mengenakan caj pemotongan ayam sebanyak 60 sen selepas tertekan dengan harga kawalan yang rendah. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Caj potong ayam sebanyak 60 sen yang dikenakan peniaga kepada pelanggan tidak menyalahi peraturan selagi masih mengikuti harga siling ditetapkan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, caj itu adalah perkhidmatan pilihan yang disediakan oleh peniaga kepada pelanggan.

Katanya, justeru pertambahan caj tersebut tidak menyalahi peraturan kerana pelanggan masih boleh membeli pada harga siling iaitu RM8.90 sekilogram.

“Ini adalah servis tambahan dan tidak salah peniaga mengenakan caj kerana kalau ikutkan mereka sepatutnya hanya perlu menjual ayam seekor tanpa perlu dipotong.

“Kalau pembeli tidak mahu perkhidmatan itu, ayam dijual mengikut harga siling, jadi tidak timbul isu atau kesalahan mengenai caj 60 sen ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Norena berkata, situasi itu menjadi perkara baharu buat pengguna hanya kerana perkhidmatan itu tidak pernah dikenakan caj sebelum ini.

“Saya percaya, caj dikenakan adalah respons peniaga disebabkan harga siling baharu ayam yang turun sebanyak tiga kali mencecah 60 sen sejak Deepavali tahun lalu.

“Sebelum ini perkhidmatan potong diberikan secara percuma kerana harga ayam masih tinggi, jadi apabila kita turunkan kepada RM8.90 sekilogram, mereka cuba mencari kembali keuntungan dengan mengenakan caj servis ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya