Tetak bekas majikan kerana gagal dapat bayaran gaji

Tetak bekas majikan kerana gagal dapat bayaran gaji

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Hanya kerana gagal mendapatkan gaji daripada bekas majikan bernilai RM1,700, seorang lelaki berusia 48 tahun menetak pemilik kedai foto menggunakan kapak dan pisau lipat di Jalan Penang, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu, pemilik kedai berusia 62 tahun mengalami kecederaan di tangan kanan, kiri dan bahagian belakang badan akibat ditetak suspek di hadapan kedainya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, mangsa yang dibuang kerja pada 12 April lalu berang selepas tidak dibayar gaji oleh bekas majikannya itu.

“Suspek beberapa kali meminta bayaran gaji sebanyak RM1,700 daripada mangsa yang berjanji memberikan wang berkenaan.

“Bagaimanapun, kerana marah akibat tidak mendapat bayaran gaji yang dijanjikan suspek bertindak menetak mangsa,” katanya semalam.

Menurut Mohd. Shuhaily, suspek di tahan di lokasi kejadian dan sedang menunggu untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

”Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan mangsa yang cedera mendapatkan rawatan di hospital,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya