TEKUN Nasional agih RM200 juta kepada 31,000 usahawan informal - Utusan Malaysia

TEKUN Nasional agih RM200 juta kepada 31,000 usahawan informal

NOH OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Skim Pembiayaan Informal (Spin) di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional berjumlah RM200 juta diagih kepada 31,000 penerima di seluruh negara tahun ini.

Skim terbabit ditawarkan kepada usahawan informal, iaitu kumpulan yang menjalankan perniagaan secara dalam talian tetapi tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, bantuan itu diberikan mengikut keperluan perniagaan dengan jumlah maksimum RM10,000 dan minimum RM3,000.

“Kesemua agihan bantuan selesai diberikan kepada kumpulan usahawan informal ini dan diharap ia dapat membantu golongan itu bangkit semula untuk menjalankan perniagaan selepas dua tahun berdepan pandemik Covid-19. 

“Saya juga akan merujuk isu ini ke peringkat Parlimen untuk mendapatkan peruntukan tambahan mengikut keperluan semasa dalam usaha membantu usahawan informal dan mikro ini supaya terus berjaya ke peringkat lebih baik,” kata selepas menyampaikan Geran Bantuan Banjir berjumlah RM5 juta kepada 1,677 usahawan TEKUN Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang menjadi mangsa banjir dengan setiap seorang menerima RM3,000. 

 Dalam perkembangan sama, Noh berkata, melalui skim Spin, pihak peminjam diberikan masa setahun dan bermula tahun hadapan, peminjam perlu membayar semula jumlah pinjaman mereka mengikut amaun yang diperoleh. 

“Jadi kita harap peminjam dapat membayar pada masa ditetapkan dan tidak menangguh bayaran. 

“Jika bayaran dibuat lewat, maka ia turut menimbulkan masalah kepada peminjam lain selepas ini kerana kita juga tidak dapat menawarkan skim ini bagi membantu peniaga lain yang memerlukan bantuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.