SPRM siasat dakwaan jeti kayu RM50,000

Siasatan jeti kayu RM50,000 tiada unsur rasuah

SPRM menahan tiga individu termasuk seorang pensyarah wanita untuk disiasat berkaitan tuntutan palsu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan pemeriksaan terhadap jeti kayu bernilai RM50,000 di Kampung Mutap di Miri, Sarawak baru-baru ini dan tidak mendapati sebarang unsur rasuah dalam projek itu.

Menurut sumber, SPRM Sarawak diarahkan meneliti projek di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri itu, susulan dakwaan kos yang mahal seperti dibangkitkan orang ramai.

Kata sumber itu, hasil semakan yang dibuat tidak menunjukkan ada rasuah atau penyelewengan.

Jelasnya, kayu yang digunakan memang benar kayu belian hasil penelitian oleh pakar.

JKR Sarawak baru-baru ini mengundang kritikan setelah memuat naik beberapa gambar di media sosial menunjukkan penyerahan jeti kayu baharu di Kampung Mutap, yang menurutnya menelan kos RM50,000.

Ramai yang menyuarakan keraguan terhadap mutu jeti tersebut, dan ada yang mempersoal peruntukan RM50,000 yang dikeluarkan kerajaan yang dilihat sebagai struktur kayu yang cukup ringkas.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya