PEMAKAIAN songkok yang lazimnya dipadankan dengan busana baju Melayu sinonim dengan masyarakat Islam di negara ini bagi melengkapkan gaya pada Aidilfitri.
Ia menjadi aksesori kepala yang memberi daya tarikan dan identiti tersendiri ketika dipakai semasa menyambut lebaran.
Maka tidak menghairankan songkok sentiasa mendapat permintaan tinggi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri sekali gus memberi limpahan rezeki kepada pembuatnya.
Antara tukang songkok yang sudah lama terlibat dalam pembuatannya ialah Yusriff Yudin atau lebih mesra dengan nama panggilan Pak Is, iaitu sejak 1986 dan mampu menyiapkan sebuah songkok hanya dalam masa sekitar 30 minit. – UTUSAN