Setiausaha Politik Ahli Parlimen terpedaya individu menyamar rakan - Utusan Malaysia

Setiausaha Politik Ahli Parlimen terpedaya individu menyamar rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Setiausaha Politik kepada seorang Ahli Parlimen di Negeri Sembilan mengalami kerugian RM3,000 selepas terpedaya dengan individu menyamar rakannya, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Abd. Ghani berkata, mangsa berusia 50 tahun pada mulanya berada di tempat kerjanya di sebuah Pusat Khidmat Rakyat Parlimen berkenaan dan menerima panggilan dari seorang wanita tidak dikenali menerusi nombor 011-61914781.

Menurutnya, mangsa diberitahu kereta pemanggil berkenaan dipecahkan dan telefon bimbit serta dompet hilang.

AIBEE AB. GHANI

“Pemanggil meminta bantuan mangsa untuk memindahkan wang tunai sebanyak RM3,000 kepada akaun Maybank 551520065784 atas nama William Wong Wee Lian.

“Mangsa ada bertanya kepada pemanggil tersebut dengan siapa sedang bercakap dan mangsa disuruh untuk meneka suaranya dan mangsa menyebut nama rakannya dan pemanggil tersebut mengiyakannya. Mangsa telah membuat transaksi secara dalam talian ke akaun tersebut kerana percaya rakannya dalam kesusahan. Bagaimanapun, pemanggil berkenaan sekali lagi meminta untuk membuat transaksi sebanyak RM6,000,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Aibee, mangsa mulai berasa curiga kerana pemanggil meminta bantuan buat kali kedua dan mangsa menghubungi nombor telefon sebenar rakannya.

Menurutnya, mangsa bertanyakan mengapa perlu menggunakan wang yang banyak, namun rakannya menafikan ada meminta wang dari mangsa.

“Mangsa yang sedar ditipu segera membuat laporan di Balai Polis Jalan Campbell dan mahu merujuk kes berkenaan kepada pihak bank. Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN