Selangor warta semula HSKLU

Selangor warta semula HSKLU

AMIRUDIN Shari berucap dalam Majlis Rapat Rahmah Ramadan Menteri Besar Selangor Bersama Penjawat Awam Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta Jabatan Perhutanan Selangor digesa menyegerakan perwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HKSLU).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pewartaan itu dibangkitkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), baru-baru ini. 

 “Pewartaan ini melibatkan kawasan Kampung Orang Asli Busut Baru dengan keluasan 103.9 ekar dan jajaran laluan Paip Air Mentah Loji Rawatan Air Sungai Rasau seluas 21.2 ekar. 

“Ini menjadikan keseluruhan kawasan yang akan diwarta semula seluas lebih kurang  1,201.2 ekar,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri selepas Majlis Rapat Rahmah Ramadan Menteri Besar Selangor Bersama Penjawat Awam Negeri Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan timbul polemik berhubung kerajaan negeri menyahwartakan 536.7 ekar HSKLU bagi projek pembangunan bercampur apabila dipetikai oleh masyarakat Orang Asli di sana. 

Namun pada September lalu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) membuat keputusan membatalkan pemberimilikan tanah serta mewartakan semula sejumlah kawasan hutan yang telah dinyahwartakan sebelum ini. 

Dalam perkembangan berasingan, Amirudin memaklumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju memberi pengecualian pembayaran duti hiburan yang dikenakan kepada artis tempatan yang membuat apa-apa program hiburan di Selangor pada tahun ini. 

“Duti hiburan ini termasuk pertunjukan pentas bertiket atau tidak bertiket serta aktiviti busking, setelah menerima maklum balas daripada golongan seni tempatan. Namun, artis antarabangsa yang membuat pertunjukan pentas di Selangor akan dikenakan duti ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN