Rayuan haji dibuka bermula esok

Rayuan ibadat haji dibuka bermula esok

TABUNG HAJI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING HAJI: Orang ramai yang boleh mengemukakan permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji bermula esok.

Menurut Lembaga Tabung Haji, permohonan boleh dikemukan menerusi aplikasi yang disediakan tanpa perlu hadir ke Pejabat Tabung Haji Cawangan. 

“Tabung Haji akan membuka permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji melalui aplikasi THiJARI bagi tahun 1443H/2022 bermula 19 April 2022 sehingga 18 Mei 2022.

“Klik untuk maklumat lanjut: https://bit.ly/3rzdHJW,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, rasmi hari ini. 

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan masih mengekalkan subsidi haji seperti sebelum ini walaupun terdapat cadangan supaya ia diberi secara bersasar. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, kos itu berkemungkinan tidak membebankan jemaah dan pada masa sama memaklumkan pihaknya ada memohon untuk menambah bilangan kuota haji termasuk menghantar surat rayuan kepada kerajaan Arab Saudi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN