Rakyat Singapura beli RON95 tidak boleh diambil tindakan

Rakyat Singapura beli RON95 tidak boleh diambil tindakan

Larangan menjual petrol RON95 kepada warga asing antara mekanisme yang digunakan dalam mengawal ketirisan subsidi bahan api itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tindakan penguatkuasaan berhubung kenderaan pendaftaran asing yang mengisi minyak petrol jenis RON95 hanya boleh diambil terhadap pengusaha stesen minyak dan bukan individu warga asing yang berbuat demikian.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd. Hairul Anuar Bohro berkata, adalah penting bagi pengusaha mengambil langkah proaktif untuk mengekang kegiatan itu kerana undang-undang berkaitan telah dimaklumkan dengan jelas kepada mereka ketika mahu mendapatkan lesen perniagaan.

“Tindakan hanya kepada pengusaha stesen minyak dan bukannya terhadap pemilik kenderaan, jadi kita minta pengusaha lesen mematuhi peraturan yang telah dikeluarkan dengan jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemantauan di sebuah stesen minyak di Jalan Skudai, di sini hari ini ekoran tular di media sosial beberapa gambar menunjukkan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura mengisi minyak jenis RON95.

Sementara itu, Mohd. Hairul Anuar turut meminta orang awam untuk mengambil bukti bergambar melibatkan warganegara Singapura yang bertindak mengisi minyak petrol jenis RON95 ke dalam tangki kenderaan mereka beserta butiran lengkap kejadian tersebut.

“Orang awam yang mahu membuat aduan tentang penyalahgunaan minyak petrol ini diminta untuk kemukakan bukti dengan butiran yang jelas, selain gambar mereka juga perlu maklumkan lokasi dan masa kejadian.

“Kami komited untuk membanteras kesalahan tersebut kerana petrol RON95 adalah hak warganegara dan KPDNHEP Johor akan pastikan hak pengguna di negeri ini dilindungi,” jelasnya.

Ahad lalu, Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengusaha stesen minyak yang didapati menjual minyak petrol bersubsidi kepada kenderaan asing akan berdepan tindakan tegas sehingga didenda RM1 juta atau penjara makismum tiga tahun dan syarikat yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM2 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya