jenama Beras Era

Program bubur lambuk lonjak jenama Beras Era

NURAZUMY Najid menyerahkan cenderamata kepada Ketua Pegawai Kewangan Media Mulia Sdn. Bhd., Abd. Wahid Idris dalam Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran Era Foods MY dan Media Mulia di Tebing Bandar Dato Onn, Johor Bahru kelmarin. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran bersama Era Foods MY (Beras Era) dengan Media Mulia Sdn. Bhd. membantu melonjakkan jenama variasi produk beras tersebut di pasaran.

Penolong Pengurus Penjenamaan Era Foods MY, Nurazumy Najid berkata, perkara ini dapat dilihat setelah menjalankan program tersebut bermula di Perlis, Terengganu dan Kuala Lumpur sebelum singgah ke Johor Bahru.

Menerusi penganjuran program itu, beliau berkata, pengunjung ke lokasi program bukan sahaja menerima bungkusan bubur lambuk malah turut menerima pek beras Era Sultan Basmathi 400 gram.

“Pada Ramadan ini dan dalam persediaan menyambut kedatangan Syawal, nasi menjadi makanan utama rakyat Malaysia. Jadi, ini masa yang tepat untuk memperkenalkan semula beras Era jenis Nagasari Super Spesial Tempatan dan Sultan Basmathi.

“Selain penganjuran program Kongsi Berkat Bubur Lambuk ini, kita turut mempromosikan produk di kaca televisyen dan media sosial untuk memperkenalkan dengan lebih meluas produk beras Era,” katanya dalam program penyerahan bubur lambuk di Tebing Bandar Dato Onn, di sini kelmarin.

Selain jenis Nagasari Super Spesial Tempatan dan Sultan Basmathi, beras Era turut mengeluarkan beras jenis Nagasari Super Import dan Nagasari Wangi.

Nurazumy berkata, menerusi program Kongsi Berkat Bubur Lambuk ini juga dapat memberi peluang kepada pengunjung merasai beras berkualiti seperti beras Era jenis Sultan Basmathi.

“Ramai beranggapan beras Basmathi sebagai beras mahal dan untuk golongan kayangan sahaja. Oleh itu, beras Era keluarkan produk beras Sultan Basmathi yang dijual pada harga berpatutan dan mampu milik.

“Dengan cara itu, setiap keluarga mampu untuk mendapatkan beras Sultan Basmathi di pasaran untuk pelbagai menu istimewa seperti nasi minyak, nasi beriani dan nasi lemak.

“Kita yakin produk yang berkualiti ini bukan hanya menjimatkan malah rasanya juga enak dimakan. Kita bagi peluang rakyat Malaysia merasai beras kayangan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN