PLUS sambut baik insiatif tol percuma sempena Aidilfitri

PLUS sambut baik insiatif tol percuma sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengalu-alukan inisiatif pemberian tol percuma kepada Keluarga Malaysia yang menggunakan perkhidmatan rangkaian lebuh raya syarikat konsesi berkenaaa pada 30 April, 1 Mei, 7 Mei dan 8 Mei sempena dengan sambutan Aidilfitri. 

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail dalam satu kenyataan berkata, beliau menjangkakan sebahagian besar daripada pengguna lebuh raya akan merebut peluang untuk menikmati faedah tol percuma berdasarkan tarikh-tarikh tol percuma tersebut.

“Oleh itu, kami menasihatkan orang ramai supaya membuat persiapan rapi dan menjangkakan tempoh perjalanan di lebuh raya mungkin lebih panjang kali ini terutamanya pada empat hari istimewa yang diumumkan oleh Perdana Menteri,” katanya. 

Bagi menguruskan lonjakan trafik ekoran pengumuman tersebut, PLUS turut menyatakan komitmennya untuk mengambil segala langkah yang munasabah untuk membantu orang ramai ketika berlakunya lonjakan trafik pada keempat-empat hari tersebut.

“Pihak PLUS akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dan kami telahpun mengatur pelbagai persediaan rapi melibatkan aspek perjalanan di lebuh raya, di plaza tol dan juga kawasan-kawasan rehat,” jelasnya lagi. 

Katanya, pemberian tol akan dibuat dalam beberapa cara. 

“Di lebuhraya yang menggunakan sistem tol tertutup (lazimnya bagi lebuh raya antara bandar), tol percuma dinikmati ketika pengguna melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh yang ditetapkan.

” Selain itu, bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik, pengguna yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go, mereka masih perlu menyentuh kad Touch ‘n Go,” mereka di lorong tol di plaza tol. Namun begitu, tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada kad Touch ‘n Go tersebut,” katanya. 

Antara lain, belia turut berkata, pengguna yang memilih untuk menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) juga perlu memastikan mereka masuk dan keluar dari lebuhraya menggunakan lorong RFID sahaja, sama seperti kad Touch ‘n Go dan SmartTAG, tiada bayaran tol dikenakan. 

“Bagi pengguna kad Touch ‘n Go, mereka dinasihatkan supaya memeriksa status kad Touch ‘n Go sebelum perjalanan mereka dengan Touch ‘n Go Sdn Bhd di http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login .

“Ini adalah bagi mengelakkan mereka terkandas di lorong tol yang mengakibatkan kesesakan jika menggunakan kad Touch ‘n Go yang tidak aktif dan telah dinyahaktif,” ujarnya lagi. 

PLUS turut mengambil menyarankan agar  orang ramai sekali lagi yang ingin bergerak masa hari-hari puncak, terutamanya pada empat hari tersebut supaya mengikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang telah dikeluarkan sebelum ini.

” Rancang perjalanan anda dengan teliti untuk mengurangkan kesesakan dan tingkatkan keselesaan ketika memandu bersama keluarga. Ini termasuklah jadual untuk berhenti rehat untuk menyegarkan diri serta makan dan minum yang secukupnya,” jelas beliau.

Pelanggan lebuhraya juga disaran supaya memuat turun Aplikasi PLUS untuk meninjau keadaan trafik terkini di lebuhraya menerusi paparan CCTV yang disediakan. 

Selain itu, mereka juga digalakkan supaya menggunakan Waze atau GoogleMap untuk merancang perjalanan mereka sepanjang musim perayaan ini. 

Maklumat trafik terkini juga boleh diperolehi menerusi Twitter PLUSTrafik. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN