PKR alih lima papan tanda ganggu pengguna jalan raya

PKR alih lima papan tanda ganggu pengguna jalan raya

PAPAN tanda yang didakwa menghalang penglihatan pengguna jalan raya di Simpang Lima, Sungai Besar di Sabak Bernam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Besar sudah mengalihkan lima papan tanda parti itu di simpang jalan yang didakwa menghalang jarak penglihatan pengguna jalan raya.

Kesemua lokasi di sekitar Sungai Besar di sini, itu adalah Simpang Lima, Sungai Haji Dorani, Sungai Leman, Parit 9 Pasir Panjang dan Sungai Limau.

Ketua Cabangnya, Azhar Achil berkata, pihaknya menerima pandangan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai perkara berkenaan.

“JKR berpandangan bahawa pemasangan papan tanda perlu dibuat dengan tidak menghalang sight distance (jarak penglihatan) pemandu.

“Justeru, lima papan tanda PKR di semua simpang jalan berkenaan sudah dialihkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kekecewaan pengguna jalan raya di Simpang Lima berikutan papan tanda itu menghalang jarak penglihatan mereka yang keluar masuk ke simpang jalan.

Rata-rata netizen meminta ia segera dialihkan ke tempat sesuai dan selamat bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Mengulas lanjut, kata Azhar, pihaknya amat memohon maaf mengenai isu berkenaan.

“Pemasangan semula papan tanda itu akan dilakukan di tempat sesuai dalam tempoh terdekat. 

“Kita akan memastikan pemasangan di kawasan betul dan tidak menyulitkan pengguna jalan raya lain,” ujarnya.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN