Perlombongan tidak diteruskan jika beri impak negatif

Perlombongan tidak diteruskan jika beri impak negatif

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Aktiviti perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di mukim Kenering di Hulu Perak tidak akan diteruskan sekiranya projek perintis yang bakal dilaksanakan memberi impak negatif kepada alam sekitar dan rakyat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, lesen perlombongan itu hanya diluluskan kepada Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) untuk projek perintis, bukannya pembangunan secara keseluruhan.

Oleh itu, katanya, kajian semula akan dijalankan bagi melihat sama ada aktiviti perlombongan berkenaan wajar diteruskan atau sebaliknya.

“Apa pun keadaannya, ini adalah projek perintis. Selagi tidak dimulakan, kita tidak akan tahu sama ada ia memberi kesan baik atau tidak baik.

“Daripada projek perintis inilah kita akan buat kajian secara saintifik sama ada baik atau tidak. Jika ia memberi kesan baik, maka kita akan teruskan, jika tidak baik, kita hentikan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Ladang Tanaman Semula Komersil (TSK) Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Dala 8 dan Dala 9 di sini hari ini.

Menurut Saarani, prosedur operasi standard (SOP) NR-REE bagi aktiviti itu telah dibangunkan secara komprehensif membabitkan penglibatan semua pihak sebelum dipersetujui oleh Kabinet.

Katanya, SOP tersebut bagi memastikan aktiviti perlombongan melalui projek perintis itu dijalankan secara cekap dan bertanggungjawab. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN