Pengeluaran khas KWSP RM10,000 dipercepat bermula esok

Pengeluaran khas KWSP RM10,000 dipercepat bermula esok

kwsp
Pandemik Covid-19 antara punca merosotnya simpanan ahli kumpulan wang itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara sekali (one-off) dikreditkan bermula esok.

TENGKU Zafrul Tengku Abdul Aziz

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Pengeluaran Khas itu  dicepatkan masanya berbanding yang dijadualkan iaitu pada 20 April atau Rabu ini.

“Ramai yang mesej dan komen dalam media sosial saya, YB (Yang Berhormat), pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”

“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP. Sukacita dimaklumkan pengeluaran khas akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Saya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri #KeluargaMalaysia, Insya-Allah,” katanya melalui Facebook rasminya malam ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN