Pemberian RM500 kepada 723 penjawat awam Persekutuan N. Sembilan

Pemberian RM500 kepada 723 penjawat awam Persekutuan N. Sembilan

PENJAWAT awam Persekutuan dari lapanjabatan negeri di Negeri Sembilan menerima BKK Aidilfitri daripada Kerajaan Negeri Sembilan dalam satu majlis di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada seramai 723  pegawai Persekutuan dari lapan jabatan negeri sebanyak RM500 seorang.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keseluruhan peruntukan bantuan khas tersebut berjumlah RM361,500 melibatkan pegawai dari Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Kehakiman, Jabatan Perhutanan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Bantuan ini menjadikan jumlah yang bakal diterima oleh penjawat awam Persekutuan di Negeri Sembilan adalah sebanyak RM1,000 termasuk RM500 daripada Kerajaan Persekutuan.

“Dalam kalangan petugas di jabatan-jabatan ini ada yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri dan memperoleh bantuan khas yang kerajaan negeri umumkan tempoh hari. Bagi mereka yang dibayar gaji oleh Persekutuan pula, kebiasaannya kami tidak tambah tetapi pada tahun ini, kami tambah bantuan khas kepada mereka sebanyak RM500,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Aidilfitri Kepada Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dan Anggota Perkhidmatan Persekutuan Yang Berkhidmat di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 138 ahli majlis bagi majlis perbandaran dan majlis daerah turut menerima BKK Aidilfitri sebanyak RM600 seorang manakala seramai 24 ahli majlis bagi Majlis Bandaraya Seremban pula menerima sebanyak RM1,000 seorang.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian BKK setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua anggota-anggota perkhidmatan awam negeri ini sempena sambutan Aidilfitri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN