Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara digubal

Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara digubal

ISMAIL Sabri Yaakob mempengerusikan mesyuarat NSC pertama tahun 2022 di Putrajaya. - PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara (PTKPN) akan digubal bagi memastikan Malaysia selangkah di hadapan dalam menangani isu kesihatan manusia dan hubung kait dengan alam semula jadi, biodiversiti serta perubahan iklim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pandemik Covid-19 adalah salah satu penyakit zoonotik mengakibatkan 6.11 juta kematian di dunia.

Menurut beliau, terdapat penyakit-penyakit  zoonotik lain seperti denggi dan zika yang juga berpunca daripada status keadaan alam semula jadi yang semakin terancam. 

“Mesyuarat bersetuju agar Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menerusi Akademi Sains  Malaysia (ASM) dengan kerjasama daripada semua pemegang taruh untuk menggubal Pelan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sains Negara (NSC) pertama bagi tahun ini bagi membincangkan pelbagai usaha kerajaan bagi merakyatkan  bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) sebagai pemboleh daya kepada  pemantapan sosioekonomi negara. 

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, struktur tadbir urus Inisiatif National Technology and Innovation Sandbox (NTIS)  ditambah baik menerusi Jawatankuasa Task Force NTIS yang diubah nama kepada Jawatankuasa Pemandu NTIS.  

Kata beliau, inisiatif NTIS adalah bagi mempergiat pengkomersialan hasil inovasi tempatan yang berpaksikan kepada kemampanan sosioekonomi negara. 

Bagi langkah penambahbaikan itu, Perdana Menteri berkata, Majlis NTIS juga dimansuhkan dan digantikan pelaporan kepada NSC yang akan dijadikan sebagai agenda tetap dalam mesyuarat NSC bagi mengurangkan pertindihan dengan majlis sedia ada.

“Ini  memandangkan NSC turut dipengerusikan Perdana Menteri. Selain itu, Jawatankuasa Task Force NTIS baharu diwujudkan dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya