Nahas motosikal, remaja berusia 21 tahun maut

Nahas motosikal, remaja berusia 21 tahun maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKAH: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha berwarna kuning yang ditunggangnya terlibat kemalangan kendiri di Jalan Kampung Jebungan Mukah pada tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, kemalangan berlaku sekitar jam 12.15 tengah malam itu mengakibatkan mangsa Keevan bin Robert berusia 21 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Berdasarkan siasatan, mangsa menunggang motosikal seorang diri dipercayai dalam perjalanan menghala ke arah Kampung Jebungan dari Kampung Penakub.

“Bagaimanapun setibanya di suatu tempat di Jalan Kampung Jebungan, motosikal mangsa yang bergerak lurus hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum masuk ke dalam parit.

“Akibat kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Mukah,” tambahnya.

Ujarnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.

Manakala, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN